Sunday, August 8, 2010

konsep dan prinsip-prinsip teori pembelajaran

Teori behavioris

Melalui Teori Pembelajaran Behavioris, kaitan di antara pembelajaran dan perubahan tingkah laku yang kekal menjadi fokus dalam menentukan pencapaian objektif. Tambahan itu, pembelajaran yang dijalankan mempunyai rangsangan yang dapat mengukuhkan tingkah laku murid. Teori pembelajaran behavioris merangkumi 4 teori iaitu teori pelaziman watson, teori pelaziman klasik pavlov, teori pelaziman thorndike dan teori pelaziman operan skinner.

i. Teori Pelaziman klasik Watson

Melalui teori ini, tingkah laku adalah tindakan gerak balas terhadap rangsangan dan persekitaran. Ini bermakna sesuatu tindak balas murid berkait rapat dengan rangsangan terhadap faktor persekitaran. Teori ini juga bertujuan untuk meramal dan mengawal tingkah laku seseorang manusia.

ii. Teori Pelaziman Klasik Pavlov

Teori ini pula mempunyai prinsip-prinsip asas iaitu setiap rangsangan akan menimbulkan tindak balas, pembelajaran akan berlaku apabila wujudnya rangsangan dan tindak balas, sesuatu kaitan rangsangan dengan rangsangan yang lain akan menghasilkan pembelajaran, dan pembelajaran berlaku apabila perkaitan antara rangsangan atau pelaziman. Guru memainkan peranan dalam mengaitkan pengalaman positif agar murid-murid dapat mengikuti pembelajaran dengan mudah. Selain itu, guru juga sebagai seorang motivator dalam mengawal tingkah laku negatif murid-murid.

iii. Teori Pelaziman Thorndike

Teori pelaziman Thorndike digunakan berdasarkan prinsip-prinsip:

- Kaitan yang rapat antara rangsangan dan tindak balas

- Ganjaran/peneguhan positif

- Denda/peneguhan negatif

- Tindak balas dalam persekitaran bagi menghasilkan sesuatu yang positif.

- Melibatkan pengukuhan secara sukarela.

iv. Teori Pelaziman Operan Skinner

Prinsip-prinsip teori ini:

- Berasaskan rangsangan dan gerak balas

- Tindak balas persekitaran dan perubahan persekitaran

- Mengutamakan unsur motivasi

- Peneguhan bagi tingkah laku negatif dan pengukuhan.

TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF

Teori pembelajaran kognitif terdiri daripada Teori Pembelajaran Kohler, Teori Pembelajaran Piaget, Teori Pemerosesan Maklumat Gagne, Teori Pembentukan Konsep Bruner dan Teori Pembelajaran Resepi Ausubel.

i. Teori Pembelajaran Kohler

Teori ini terdiri daripada Teori Gestalt(Celik Akal). Melalui teori ini, Cimpanzi dalam sangkar digunakan. Cimpanzi telah menyusun peti-peti yang berlainan untuk mendapatkan pisang yang digantung di tempat yang tinggi. Fokus pembelajaran celik akal ini adalah:

- Penyelesaian masalah secara mendadak

- Pembelajaran berasaskan unsur-unsur berkaitan yang boleh digunakan terhadap persekitaran

- Penggunaan alternatif-alternatif lain dalam penyelesaian sesuatu masalah.

- Menggunakan pengalaman lalu dalam proses penyelesaian masalah.

Mengikut teori ini juga, guru perlu menggalakkan dan memberi panduan kepada murid-muridnya agar dapat berfikir secara kritikal dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

ii. Teori Pembelajaran Piaget

Empat peringkat utama dikemukakan dalam Teori pembelajaran Piaget:

Sensori Motor (0 hingga 2 tahun)

o Dapat meniru dan mengingati sesuatu

o Mengetahui bahawa objek masih wujud walaupun dia telah disembunyikan.

o Bersifat mementingkan diri

Pra-Operasi(2 hingga 7 tahun)

o Boleh berbahasa secara perlahan

o Dapat berfikir secara simbolik

Operasi Konkrit(7 - 11 tahun)

o Dapat menyelesaikan masalah konkrit

o Memahami konsep pengekalan dan dapat membuat klasifikasi

Operasi formal(11 tahun ke atas)

o Dapat menyelasaikan masalah Abstrak.

o Menjadi lebih saintifik dalam pemikiran.

o Rasa bimbang isu-isu sosial

iii. Teori Pemerosesan Maklumat Gagne

Mengikut teori ini, prinsip-prinsip pembelajaran yang dikemukakan adalah kesediaan belajar, motivasi, pengamatan, penanggapan, ingatan dan lupaan serta pemindahan pembelajaran. Proses-proses pembelajaran yang terlibat adalah perhatian, jangkaan, pemerolehan Ingatan kembali, pemilihan persepsi/rangsangan, pengekodan dan penyimpanan maklumat jangka panjang, gerak balas, peneguhan dan juga pemindahan pembelajaran memanggil maklumat.

iv. Teori pembentukan Konsep Bruner

Teori kognitif ini mementingkan pemikiran secara logikal dan pemikiran analisis dan intuitif. Aspek-aspek yang diutamakan adalah suasana pembelajaran yang kondusif, pengajaran konsep dan bentuk pengetahuan yang sistematik. Ini supaya murid-murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. Selain itu peneguhan positif diberikan apabila murid dapat menguasai sesuatu konsep dengan betul.

v. Teori Pembelajaran Resepsi Ausubel

Berdasarkan teori ini, resepsi dan penemuan merupakan konsep pembelajaran. Resepsi merupakan penerimaan dan guru menyampaikan maklumat secara tersusun dan teratur agar murid mendapat pemahaman dan penerimaan yang jelas. Dalam pembelajaran penemuan, murid bebas mendapatkan maklumat sama ada daripada guru atau usaha sendiri. Ini bermakna murid membuat analisis sendiri dan pembelajaran ini lebih mencabar kerana ia dapat mengembangkan kognitif sedia ada. Penggunaan bahasa yang baik dan susunan dalam pengajaran juga ditekankan dalam teori ini.

TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS

Peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif digunakan dalam teori ini. Penekanan yang diberikan dalam teori ini ialah proses permodelan, iaitu pembelajaran melalui pemerhatian atau peniruan. Pemerhatian tersebut adalah dari segi tingkah laku orang lain yang akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Contoh di sekolah, guru menjadi model terbaik untuk murid-murid.

TEORI PEMBELAJARAN HUMANISME

Teori pembelajaran Humanisme terdiri daripada teori-teori Carl Rogers dan Abraham Maslow. Teori ini keunikan seorang murid secara individu di mana setiap manusia mempunyai keunikan tersendiri dari segi emosi, cita-cita serta hubungan yang khusus dengan orang lain.

i. Teori Carl Rogers

Mengikut Rogers,

- Konsep kendiri positif dipentingkan di mana murid perlu menampilkan tingkah laku yang baik.(kasih sayang, pujian, layanan, perhatian)

ii. Abraham Maslow

Menurut Maslow, keperluan-keperluan asas seperti fisiologi, keselamatan akan dipenuhi oleh manusia sebelum memenuhi keperluan yang lain seperti kasih sayang, pengargaan kendiri dan kesempurnaa kendiri.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIF

Teori ini banyak memberi penekanan kepada kemahiran berfikir dan cara penyelesaian masalah. Guru berperanan dalam menggalakkkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan murid-muridnya. Ciri-ciri pembelajaran konstruktif ialah:

- Menggalakkan murid bersoal jawab

- Dijalankan secara pembelajaran koperatif

- Murid-murid terlibat sepenuhnya dalam proses pengajaran pembelajaran.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment


kanak-kanak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya..jika baik coraknnya maka baiklah budi pekertinya, jika buruk coraknya maka buruklah budi pekertinya. .