Monday, July 26, 2010

konsep pengajaran dan pembelajaran

konsep pengajaran

Mengikut Kamus Dewan, pengajaran dapat didefinisikan sebagai perihal mengajar, segala sesuatu yg berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang dipentingkan dan ia juga meliputi segala sesuatu cara atau perbuatan yang diajarkan. Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Pengajaran ini meliputi semua aspek contohnya, aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu.

Mengikut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercaaan baru. Dalam proses pengajaran aktiviti latihan atau pelaziman merupakan satu usaha menukarkan tingkah laku pelajar, manakala teknik tunjuk ajar digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru. Ini meliputi pelbagai aspek iaitu latihan, pelaziman, tunjuk ajar yang menukarkan tingkah laku dan kelakuan, di samping membawa ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar-pelajar.

Berdasarkan konsep tingkah laku yang diilustrasikan, beliau membuktikan tingkah laku adalah berkaitan dengan konsep ugutan dan ancaman fizikal. Manakala konsep kelakuan pula berkaitan dengan latihan dan pelaziman. Pengetahuan pula ialah hasil kognisi, iaitu mengetahui atau mengajar. Sedangkan kepercayaan pula mengandungi kekurangan bukti yang sah. Ia adalah sama dengan maklumat yang diperolehi daripada propoganda atau dusta. Mengikut Thomas, di antara lapan konsep yang berkaitan dengan pengajaran iaitu ugutan, ancaman fizikal, indoktrinasi, mempropoganda dan bohong dan hanya latihan, pelaziman dan mengajar boleh digolongkan dalam kawasan kecerdasan akal dan berkait rapat dengan konsep pengajaran.

Sebagai kesimpulannya, perhubungan yang paling rapat dengan konsep pengajaran ialah intruksi diikuti dengan latihan, indoktrinasi dan akhirnya pelaziman. Contohnya, seperti mengajar murid dengan cara indoktrinasi tanpa memberi penerangan seperti menghafal fakta atau menggunakan pelaziman untuk memaksa murid belajar tanpa berfikir.

konsep pembelajaran

Crow dan Crow mendefinisikan pembelajaran sebagai satu perolehan tabiat, pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru membuat sesuatu kerja, dan ia kan bertugas dalam percubaan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan diri kepada situasi baru. Ia merupakan satu proses perubahan tingkah laku yang progresif sambil individu itu bertindak balas kepada sesuatu situasi atau berbagai situasi dalam menyesuaikan tingkah lakunya dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan individu memenuhi minat atau mencapai matlamat.

Mengikut Mook Song Sang (2009) konsep pembelajaran dikategorikan berlandaskan teori-teori pembelajaran masa kini dan diklafikasikan kepada empat mazhab iaitu behavioris, kognitif, sosial dan humanis. Di antara tokoh-tokoh yang terpengaruh bagi mazhab behavioris ialah Parlov, Thorndike dan Skinner. Tokoh-tokoh ini berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori pembelajaran mereka adalah dihasilkan daripada pemerhatian dan ujian yang dijalankan ke atas haiwan. Mereka telah menumpukan ujian tersebut terhadap perperhubungan ransangan dan gerak balas yang menghasilkan perubahan tingkah laku. Ini menunjukkan tingkah laku pelajar boleh diperhatikan, dikawal serta diramal. Pembelajaran hanya boleh bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu ransangan yang ada. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi yang sesuai dan akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.

Tokoh-tokoh mazhab kognitif seperti Kohler, Bruner, Gagne dan Ausebel berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam alam fikiran dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Mereka menekankan proses kognitif yang menghasilkan perubahan tingkah laku dalam pembelajaran. Selain itu, mereka berpendapat bahawa pembelajaran adalah satu proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya dan mempunyai objektif atau motif tertentu. Apa yang dimaksudkan disini adalah, sekiranya ia tidak dapat mengenal pasti perhubungan perkara dan erti yang dipelajari, walaupun melalui latihan berkali-kali, pembelajaran tidak akan berlaku. Mereka tidak bersetuju dengan teori simulasi-tindak balas yang menyatakan pembelajaran berlaku kerana stimuli-tindak balas dan latihan berulang-ulang. Mereka berpendapat pembelajaran adalah proses kognitif untuk perhubungan perkara-perkara dalam persekitarannya.

Mazhab sosial menyarakankan teori pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab kognitif. Teori mazhab sosial yang dipelopori oleh Bandura, menegaskan bahawa pembelajaran melalui proses pemodelan. Pemodelan yang dimaksudkan ialah melalui pemerhatian atau peniruan. Pembelajaran meliputi pelbagai aspek bukan sahaja tingkah laku manusia yang nyata tetapi juga meliputi aspek pemikiran dalaman seperti yang disarankan oleh ahli psikologi kognitif.

Melalui mazhab humanis pembelajaran manusia amat bergantung kepada emosi dan perasaannya. Setiap individu mempunyai cara yang berbeza denga individu ynag lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu sendiri. Mengikut ahli-ahli mazhab humanis, berpendapat bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri.

Sebagai kesimpulannya, ahli psikologi pada umumnya mentafsir pembelajaran sebagai proses, melalui latihan atau pengalaman organisma dan seterusnya menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal. Secara ringkas, pembelajaran boleh dibahagi kepada dua iaitu yang pertama, pembelajaran yang berlaku hasil daripada latihan atau pengalaman. Ini bermakna sebarang perubahan tingkah laku yang tidak pernah melaui latihan atau pengalaman tidak boleh disebut sebagai pembelajaran. Kedua adalah perubahan tingkah laku yang melalui pembelajaran yang mempunyai ciri kekal. Ini bermakna perubahan tingkah laku buat sementara sahaja. Pembelajaran dapat didapati mula berlaku apabila tindak balas diadakan terhadap ransangan yang timbul. Ia akan berterusan apabila motivasi yang berkaitan dikekalkan dan pembelajaran dikatakan berakhir apabila konsep baru dibentuk dan dikuasai.

teori-teori pembelajaran

Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip- prinsip dan hukum- hakam pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian- kajian ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran ini merupakan asas kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain itu, dengan adanya pengetahuan yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini, pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan. Terdapat empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan. Teori- teori ini adalah behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis (Dr Bushra binti Ali).

Teori Behaviorisme
Behaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan.Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Behaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.

Teori Kognitif
Sementara itu, kognitif pula merujuk kepada proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli- ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat dan persepsi.

Teori Sosial
Teori pembelajaran sosial pula adalah gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Para pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalaman dan tidak bergantung kepada pelaziman atau operan seperti dalam teori Behavioris. Tokoh yang begitu sinonim dengan teori sosial ini adalah Albert Bandura, yang mana berpendapat bahawa pemerhatian model penting dalam pembelajaran.

Teori humanisme
Teori pembelajaran terakhir adalah teori pembelajaran humanis. Teori ini menegaskan kepentingan cara pengajaran- pembelajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya. Dalam konteks pendidikan, guru membantu klien (pelajar) bagi mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Berdasarkan pemerhatian saya, teori yang digunakan oleh guru ini di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teori kognitif.Guru ini mementingkan perubahan tingkah laku pelajar dan tingkah laku tersebut adalah sejajar dengan perubahan kognitif.Pengajaran guru ini mementingkan aspek pemahaman dan berlakunya perubahan mental kepada murid-murid.Proses pengajaran dan pembelajaran dianggap berjaya apabila berlakunya perubahan mental di dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Guru ini memulakan pengajaran dengan mempamerkan ayat –ayat yang bermakna iaitu petikan pantun di MS Power Point. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini terdapat langkah di mana guru menyuruh murid-murid membaca petikan pantun yang ditayangkan sehingga murid-murid memahami apa yang mereka baca.Ini bersesuaian dengan teori kognitif yang mementingkan murid-murid memahami apa yang dibaca dan berlaku perubahan mental di dalam diri mereka.

Sunday, July 18, 2010

you are welcome


Hai, saya anizan....selamat datang ke blog saya...
blog ini dicipta untuk menyiapkan tugasan mata pelajaran Murid Alam Belajar..
terima kasih kerana melayari blog saya..

kanak-kanak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya..jika baik coraknnya maka baiklah budi pekertinya, jika buruk coraknya maka buruklah budi pekertinya. .