Sunday, August 1, 2010

faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran bahasa kanak-kanak

Taraf sosioekonomi

Taraf sosioekonomi adalah yang berkaian dengan taraf pendidikan dan kelas social keluarga. Kanak-kanak dari keluarga berada biasanya boleh bercakap lebih awal dan matang berbahasa berbanding dengan kanak-kanak yang kurang berda (miskin). Keluarga berada dapat menyediakan kemudahan dan permainan yang tertentu untuk membolehkan kanak-kanak bertuur dengan lebih cepat dan baik. Kebayankan permainan dapat merangsang minda kanak-kanak yang membolehkan mereka bercakap lebih awal.

Tempat tinggal

Tempat tinggal adalah yang berkaitan dengan kedudukan geografi di mana kanak-kanak tinggal sama ada di bandar atau di luar bandar. Pada kebiasaannya kanak-kanak yang tinggal di bandar lebih matang dalam kemahiran berbahasa kerana mereka sering didedahkan dengan pelbagai pekembangan ilmu yang canggih. Malah di bandar terdapat kemudahan-kemudahan komunikasi dan media massa yang canggih yang dapat membantu memperkembangkan kemahiran berbahasa kanak-kanak dengan lebih cepat. Berbanding dengan kanak-kanak yang tinggal di kawasan luar bandar di mana kehidupan mereka hanya tertumpu dengan tempat tinggal mereka sahaja. Mereka kurang pendedahan terhadap alat-alat komunikasi dan media massa yang berperanan untuk menambah perbendaharaan kata kanak-kanak.

Pendidikan awal kanak-kanak

Kanak-kanak yang menerima pendidikan awal di sekolah (tadika) akan lebih cepat berbahasa berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menerima pendidikan awal. Pendidikan awal di sekolah membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang ramai. Interaksi yang aktif dapat membantu kanak- kanak menambah dan menggunakan perbendaharaan kata dengan betul. Kanak- kanak yang tidak menerima pendidikan awal, jauh ketinggalan dari segi perbendaharaan kata dan penggunaannya secara berkesan.

Hubungan kekeluargaan

Hubungan kekeluargaan yang mesra dan erat dapat mewujudkan interaksi yang aktif di kalangan mereka. Interaksi yang aktif menggalakkan perkembangan bahasa yang baik. Kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai interaksi yang aktif dapat membantu mereka memperolehi bahasa dengan lebih cepat berbanding dangan kanak-kanak yang dilahirkan dalam keluarga yang kurang interaksi dan pasif. Kanak-kanak ini lebih suka mengasingkan diri dan bersifat pasif dalam pergaulan.

No comments:

Post a Comment


kanak-kanak ibarat kain putih, kitalah yang mencorakkannya..jika baik coraknnya maka baiklah budi pekertinya, jika buruk coraknya maka buruklah budi pekertinya. .